Sunday, February 13, 2011

Kelebihan Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas

    Surah Al-Falaq (bererti sekelian Makhluk),iaitu Surah yang ke 113 mengandungi lima ayat dan Surah An-Nas (bererti manusia) iaitu Surah yang ke 114 didalam Al-Quran mengandungi enam ayat ,adalah Surah yang digelar "Mu'awwizatain" atau dua Ta'awuz.Ia diturunkan setelah Nabi Muhammad SAW selalu berdoa kepada Allah Taala memohon perlindungan dari kejahatan manusia dan syaitan atau jin.
   Surah Al-Falaq mengajar kita memohon perlindungan dari Allah Yang Maha Kuasa terhadap kejahatan makhluk-makhluk Tuhan dan juga perbuatan-perbuatan sihir,khianat hasad dengki dan sebagainya.
  Surah An-Nas juga mengajar kita memohon perlindungan dari Allah SWT terhadap bahaya-bahaya yang batin sperti bahaya dari syaitan atau jin ,tipu daya makhluk ,perasaan atau ingatan buruk yang boleh merosakkan akidah ,amal ibadat dan cara hidup kita.
Fadhilat dan Faedahnya:
  1.    Untuk menyembuhkan orang terkena sihir atau yang seumpamanya,bacakan sebanyak 41 kali setiap hari selama tiga,lima atau tujuh hari berturut-turut.Insya-Allah akan sembuh.
  2. Untuk menaikkan semangat berani membela kebenaran dari kekejaman orang-orang yang memegang kuasa,orang-orang jahat dan sebagainya,bacalah kedua-dua surah ini sebanyak 100 kali.
  3. Juga bacalah kedua-dua surah ini seberapa banyak apabila kita sesat jalan seperti dalam gelap atau dalam hutan,Insya-Allah akan selamat.
  4. Amalkan membaca kedua-dua surah ini sebanyak tiga kali,pada waktu pagi dan petang hari didahului dengan membaca Surah Al-fatihah dan Surah Al-Ikhlas,Insya-Allah segala keperluan hidupnya akan cukup sempurna.

SURAT 1. AL FAATIHAH


Terjemahan
Text Qur'an
Ayat
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ 1
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ 2
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ 3
Yang menguasai hari pembalasan. مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ 4
Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ 5
Tunjukilah kami jalan yang lurus, اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ 6
(yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلا الضَّالِّينَ 7


SURAT 114. AN NAAS

Terjemahan Text Qur'an Ayat
Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia. قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ 1
Raja manusia. مَلِكِ النَّاسِ 2
Sembahan manusia. إِلَهِ النَّاسِ 3
dari kejahatan (bisikan) setan yang biasa bersembunyi, مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ 4
yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia. الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ 5
dari (golongan) jin dan manusia. مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ 6


SURAT 113. AL FALAQ

Terjemahan Text Qur'an Ayat
Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh, قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ 1
dari kejahatan makhluk-Nya, مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ 2
dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita, وَمِنْ شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ 3
dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul, وَمِنْ شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ 4
dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki". وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ 5

1 comment:

Aida Ismail said...

terima kasih abang! hehehe. sama sama kita pikir sejenak. =D